Pemilihan Peserta ke Peringkat Seterusnya โ MAHIR MASAK (COOKING STAR)
Pertandingan Peringkat Ke-2
Sukacita dimaklumkan bahawa sesi pemilihan bagi Program Mahir Masak (Cooking Star) Peringkat Ke-2 telah berlangsung pada 9 Februari 2026 secara dalam talian melalui platform Google Meet di NADI Taman Seraya, dengan penyertaan peserta terpilih sahaja daripada beberapa NADI sekitar Selangor yang mengikuti sesi ini dari NADI masing-masing.
Program ini merupakan kesinambungan pertandingan peringkat kedua yang bertujuan menilai kemahiran, kreativiti serta teknik masakan para peserta dalam suasana yang kompetitif dan interaktif secara dalam talian.
Sepanjang pertandingan tersebut, Pn. Nor Merah Binti Mohamed Said telah mempersembahkan hidangan yang menarik dan kreatif iaitu Kunafa Pistachio Soft Cookies & Pistachio Milk Ice serta minuman Dragon Butterfly Kiss Mocktail. Persembahan beliau berjaya memikat perhatian juri melalui gabungan rasa, kreativiti serta penyampaian yang kemas dan profesional.
๐ Tahniah diucapkan kepada Nor Merah Binti Mohamed Said atas kejayaan beliau melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha, komitmen serta bakat yang ditunjukkan sepanjang sesi pemilihan berlangsung.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada peserta lain untuk terus berusaha dan meningkatkan kemahiran masing-masing.
Teruskan mengikuti perkembangan program-program menarik anjuran NADI Taman Seraya dari semasa ke semasa!

