Pada 1 dan 2 November 2025 telah berlangsung Pertandingan Saringan Mobile Legend Bang Bang peringkat NADI dalam negeri Selangor. Pasukan NADI Taman Seraya telah berjaya layak ke pusingan kedua namun kecundang pada pusingan tersebut di hari kedua. Pihak NADI Taman Seraya mengucapkan tahniah kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Walaupun kalah di peringkat kumpulan, semangat kesukanan dan kerjasama yang ditonjolkan amat membanggakan. Pertandingan E-sport ini dapat membantu remaja mengembangkan kemahiran sosial seperti kerjasama, komunikasi dan kepimpinan.

Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026
NADI Taman Seraya berpeluang menyertai sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 yang berlangsung meriah di

