Pada 27 Ogos 2025 NADI Taman Seraya bersama NADI Pandan Indah telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SMK Pandan Jaya yang melibatkan kira-kira 1000 orang pelajar Tingkatan 2, 3 dan 4.
Kempen ini memfokuskan kepada isu-isu utama seperti buli siber, penipuan atas talian, perjudian digital serta kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang dilihat semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan meningkatkan pemahaman pelajar tentang fungsi aplikasi internet, had umur media sosial, dan bahaya penggunaannya secara tidak terkawal. Program turut menggalakkan pelajar untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih sihat dan bermanfaat di luar media sosial.
Disediakan oleh: Zawahir Binti Ngah Said (Pengurus)


