NADI Taman Seraya beserta NADI Kluster Gombak telah melaksanakan Kempen Internet Selamat pada 1 Ogos 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Malawati 2.
Kempen ini adalah usaha bagi memastikan generasi kini terutamanya generasi muda, menggunakan internet secara selamat, bijak dan bertanggungjawab. Empat fokus utama kempen ini dijalankan adalah buli siber, penipuan & judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak serta perlindungan data & literasi digital.
Pelajar diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan jangan berkongsi maklumat peribadi, lokasi, gambar dan video sewenang-wenangnya di internet.
#KempenInternetSelamat
#MCMCMalaysia
#InternetSelamat
Disediakan oleh: Zawahir Binti Ngah Said (Pengurus)


