Pada 23 September 2025 NADI Pandan Indah bersama NADI Taman Seraya telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang Selangor. Kempen ini melibatkan seramai 514 orang pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 dengan memfokuskan kesediaan golongan remaja dalam penggunaan internet. Kempen ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan risiko berkongsi maklumat peribadi tanpa kawalan.
Disediakan oleh: Zawahir Binti Ngah Said (Pengurus)


