5 Julai 2026 – NADI Taman Seraya telah berjaya menganjurkan Kejohanan NADI E-Sukan: Saringan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Musim Ke-4 dengan jayanya. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat, khususnya dalam kalangan belia yang meminati bidang e-sukan.
Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada para peserta bagi menyerlahkan bakat dan kemahiran dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta persaingan yang sihat. Selain itu, program ini turut menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui aktiviti digital yang positif dan berimpak tinggi.
Sepanjang kejohanan berlangsung, beberapa pasukan telah berentap dalam perlawanan yang kompetitif dan penuh aksi. Setiap pasukan mempamerkan strategi, komunikasi dan semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya memberikan saingan yang sengit kepada pihak lawan.
Selepas melalui beberapa pusingan perlawanan, Team GASAK ORIGINZ / GASAK APEX telah dinobatkan sebagai Juara, manakala Team Syndicate Petualang berjaya muncul sebagai Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Pihak NADI Taman Seraya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, penyokong, sukarelawan dan pihak yang telah membantu menjayakan program ini. Diharapkan kejohanan seperti ini akan terus menjadi platform dalam mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan serta mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti digital yang bermanfaat.


