PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Taklimat Naratif dan Taklimat NADI bersama Komuniti MADANI Dun Teratai

Pada 22 Jun 2025 telah berlangsung Taklimat Naratif dan Taklimat NADI bersama Komuniti MADANI Dun Teratai di Dewan Surau Al-Itihadiah. Program ini melibatkan penyertaan daripada  Jabatan Penerangan Daerah Hulu Langat dan Komuniti Dun Teratai serta petugas NADI. Hadir bersama Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat, Tuan Salehuddin Bin Klewan dan Ketua JPKK Kg Cheras Baru, En. Mohamad Firdaous Bin Mohamad Arif.
Antara pengisian utama sepanjang program ini termasuklah pengenalan kepada fungsi dan peranan NADI, perkongsian tentang Penstrukturan Semula Tarif Elektrik serta perbincangan berkenaan perancangan aktiviti masa hadapan.
Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan pelbagai manfaat kepada para peserta. Ia antara lain memberikan pencerahan mengenai pelaksanaan tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025. Di samping itu, program ini turut mempererat hubungan antara komuniti, khususnya Komuniti MADANI, dengan peranan NADI serta pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan.
Pihak NADI bersama Komuniti MADANI berhasrat untuk memperluas sesi libat urus secara berterusan khususnya dalam pelaksanaan aktiviti sosial dan pembangunan komuniti setempat. Perbincangan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti program latihan serta inisiatif yang bersesuaian, selaras dengan komitmen dari kalangan ahli Komuniti MADANI.
Disediakan oleh: Zawahir Binti Ngah Said (Pengurus)

Berita Berkaitan