PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Saringan Kesihatan – Free Market Merdeka Pandan Indah

Pada 16 Ogos 2025 NADI Taman Seraya bersama NADI Pandan Indah telah menyertai Free Market Merdeka anjuran Pertubuhan Komuniti Pandan Prihatin dengan kerjasama Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap MPAJ serta sokongan komuniti setempat. Pasukan NADI telah membuka reruai Saringan Kesihatan yang bertempat di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

Program Saringan Kesihatan ini memberi peluang kepada masyarakat dan komuniti setempat untuk melakukan ujian saringan kesihatan secara percuma di samping mengukuhkan nilai kepedulian masyarakat melalui perkongsian barangan percuma kepada mereka yang memerlukan. Ia dapat mendedahkan kepada masyarakat tentang Kesejahteraan Kendiri agar mereka lebih peka akan kesihatan diri.

Reruai Saringan Kesihatan

Disediakan oleh: Zawahir Binti Ngah Said (Pengurus)

Berita Berkaitan