
Pada 24 Jun 2025 NADI Taman Seraya bersama NADI Pandan Indah telah membuka reruai Saringan Kesihatan di Jualan Ehsan Rahmah DUN Pandan Indah. Acara berlangsung bermula jam 3.30 petang sehingga jam 6.00 petang bertempat di Parking Lot, Flat Blok M14, Pandan Jaya.
Program ini memberi peluang kepada masyarakat dan komuniti setempat untuk melakukan ujian saringan kesihatan. Ia dapat mendedahkan kepada mereka tentang Kesejahteraan Kendiri agar mereka lebih peka akan kesihatan diri.
Disediakan oleh: Zawahir Binti Ngah Said (Pengurus)

