
Kempen Internet Selamat (KIS) telah dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana, Ampang pada 3 September 2025 yang melibatkan seramai 149 orang murid darjah 4,5 dan 6. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab melalui modul Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) untuk murid sekolah rendah berumur 10 hingga 12 tahun.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Penetapan Minda (Pecah Ruyung), diikuti pelajaran bertema seperti Literasi Digital, Had Umur Penggunaan Media Sosial, Bahaya Media Sosial, serta Alternatif kepada Media Sosial.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan meningkatkan pemahaman murid tentang fungsi aplikasi internet, had umur media sosial, dan bahaya penggunaannya secara tidak terkawal. Program turut menggalakkan murid untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih sihat dan bermanfaat di luar media sosial.
Disediakan oleh: Zawahir Binti Ngah Said (Pengurus)


